Sunday 20 February 2011

Perjumpaan Exco PERMOR dengan Ibu Ratu, Penasihat PERMOR

Pada 19 February yang lalu, satu perjumpaan diantara barisan kepimpinan PERMOR dengan penasihat PERMOR, iaitu Ibu Ratu telah diadakan. Perjumpaan tersebut telah diadakan bermula pada pukul 8.30 sehingga 10.30 malam bertempat di bangunan B.e Learning 3. Perjumpaan ini merupakan perjumpaan yang pertama diadakan. Antara agenda semasa perjumpaan tersebut ialah :

1. Timbalan presidean PERMOR memperkenalkan barisan kepimpinan PERMOR kepada Ibu Ratu.
2. Perbentangan belanjawan PERMOR oleh bendahari.
3. Perbentangan takwim program yang akan dijalankan oleh PERMOR.
4. Perbentangan mengenai program yang akan dijalankan oleh pengarah-pengarah program.
5. Perbentangan mengenai aktiviti Master of Checkers, Teater, Keusahawanan dan juga baju koperat.
6. Ucapan dan respon daripada Ibu Ratu.

Pada akhir sesi pertemuan tersebut, Ibu Ratu sempat memberikan penerangan mengenai pengurusan organisasi kepada semua yang hadir. Selain itu, Ibu Ratu juga telah memberikan beberapa komen-komen untuk menambahbaik perjalanan program-program yang telah dirancang. Diharapkan kesemua barisan kepimpinan PERMOR akan mengambil iktibar serta mendapat motivasi daripada sesi perjumpaan pada kali ini. -ePDI PERMOR.

3 comments:

hehe..meeting mlm 2 best sgt kn? dengan kehadiran ibu ratu, meeting kita bertmbah ceria kn..kn..kn..??

~kah3~

tahniah...usaha yang bagus..cadangan saya untuk tommy dan harith...cari rakan exco untuk exco pdi...sebagai tenaga tambahan untuk pembangunan blog ini

Offer2 lh blog nie kt rakan2 lain trutamnya ahli permor..Slamat mnjalankan tugas..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More