Friday, 1 April 2011

Program Integrasi Pemantapan Nilai Moral

Pada 25-27 Mac 2011, Persatuan Pendidikan Moral UPSI telah mengadakan Program Integrasi Pemantapan Nilai Moral bertempat di SMK Mengkarak, Bandar Bera, Pahang. Ia telah disertai oleh 34 orang fasilitator dan melibatkan penyertaan daripada 208 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar asrama SMK Mengkarak. Slot pertama iaitu ice breaking telah dijalankan pada hari Jumaat jam 9 malam dan berakhir pada jam 12 malam. Keesokan harinya, para peserta dan barisan fasilitator terlibat dengan aktiviti senam aerobik yang dikendalikan oleh Saudari Moreeca Anggo. Selesai aktiviti tersebut, program diteruskan dengan slot latihan dalam kumpulan (LDK) sebanyak tiga aktiviti. Slot ini dijalankan mengikut kumpulan-kumpulan yang telah ditetapkan iaitu sebanyak 21 kumpulan. Melalui slot ini, nilai kerjasama dan hasil pemikiran kreatif para pelajar dapat dilihat dan mereka kelihatan seronok mengikuti aktiviti. Slot LDK telah berlangsung selama tiga jam.
Pada jam 12.00 tengahari, perasmian pembukaan program telah diadakan di dewan SMK Mengkarak dan dirasmikan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri, Ahli Parlimen Bera merangkap Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Pada sebelah petang pula, program diteruskan dengan slot ceramah teknik pembelajaran berkesan yang disampaikan oleh Saudara Wan Muhamad Syafiq bin Wan Ghazali. Dalam slot ini, para peserta didedahkan dengan pelbagai teknik belajar. Pada jam 5 petang, aktiviti sukaneka telah dilangsungkan dengan meriahnya dengan pelbagai jenis acara. Pada sebelah malamnya, para peserta dan barisan fasilitator menghadiri sesi ceramah sebanyak 2 slot. Slot yang pertama bertajuk “Pendedahan Potensi Diri Pelajar” & slot kedua bertajuk “Permata Ayah Bonda”. Ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Saudara Muhammad Fakhrul Islam bin Md Zarin, pelajar semester 4, Program Pendidikan Islam. Slot yang berlangsung selama tiga jam ini diharapkan memberi kesan yang mendalam terhadap diri dan pemikiran para peserta dan juga barisan fasilitator.
Aktiviti seterusnya adalah qiamullail yang dikendalikan oleh wakil pelajar Program Pendidikan Islam. Pada keesokan hari, sekali lagi aktiviti senamrobik diadakan dan diteruskan dengan explorace. Majlis perasmian penutup kemudiannya telah diadakan pada jam 12.30 tengah hari dan program tamat. Diharapkan dengan program ini, semua pihak yang terlibat memperoleh input yang berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakannya. Semoga program sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Disediakan oleh : Norhazuwana bt Hamzah, Pengarah Program Integrasi Pemantapan Nilai Moral.


Gambar-gambar bagi program ini boleh dilihat di dalam Facebook PERMOR. Cuma click link di bawah : Album 1Album 2Album 3Album 4

3 comments:

tahniah PERMOR....TERBAIK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

go go go budak moral..u can do it!!
pada saat ini lah kita mula bangkit...
di harapkn sgala usaha yg kita lakukn sume nya mmbuahkn hasil...arap dpt di gunakn sbg bekalan kpd kita sume di wktu skolah nt..
hdup brjaya di dunia dan akhirat...

tahniah...adik2 junior
teruskan usaha dan semoga persatuan
pendidikan moral akan terus menjadi
sebuah persatuan yang disegani dan aktif

selamat berjaya semua!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More