Sunday 20 February 2011

Perjumpaan Exco PERMOR dengan Ibu Ratu, Penasihat PERMOR

Pada 19 February yang lalu, satu perjumpaan diantara barisan kepimpinan PERMOR dengan penasihat PERMOR, iaitu Ibu Ratu telah diadakan. Perjumpaan tersebut telah diadakan bermula pada pukul 8.30 sehingga 10.30 malam bertempat di bangunan B.e Learning 3. Perjumpaan ini merupakan perjumpaan yang pertama diadakan. Antara agenda semasa perjumpaan tersebut ialah :

1. Timbalan presidean PERMOR memperkenalkan barisan kepimpinan PERMOR kepada Ibu Ratu.
2. Perbentangan belanjawan PERMOR oleh bendahari.
3. Perbentangan takwim program yang akan dijalankan oleh PERMOR.
4. Perbentangan mengenai program yang akan dijalankan oleh pengarah-pengarah program.
5. Perbentangan mengenai aktiviti Master of Checkers, Teater, Keusahawanan dan juga baju koperat.
6. Ucapan dan respon daripada Ibu Ratu.

Pada akhir sesi pertemuan tersebut, Ibu Ratu sempat memberikan penerangan mengenai pengurusan organisasi kepada semua yang hadir. Selain itu, Ibu Ratu juga telah memberikan beberapa komen-komen untuk menambahbaik perjalanan program-program yang telah dirancang. Diharapkan kesemua barisan kepimpinan PERMOR akan mengambil iktibar serta mendapat motivasi daripada sesi perjumpaan pada kali ini. -ePDI PERMOR.

Friday 18 February 2011

Buletin Persatuan Pendidikan Moral Edisi Januari

Kata-kata aluan Presiden PERMOR sempena pelancaran buletin PERMOR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

                  Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya usaha untuk menerbitkan buletin Persatuan Pendidikan Moral ini telah dapat disempurnakan. Saya merasakan masih tidak terlambat untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga Persatuan Pendidikan Moral (PERMOR) yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menggalas tanggungjawab selaku Presiden Persatuan Pendidikan Moral (PERMOR) ini. Insya’allah saya akan memikul tanggungjawab ini dengan semampu yang mungkin. Untuk pengetahuan semua ahli Persatuan Pendidikan Moral, usia persatuan kita baru setahun jagung (3 tahun) jika kita hendak bandingkan dengan persatuan-persatuan yang bernaung dibawah HEPA, UPSI yang lain. Namun, saya percaya dengan berkat sokongan semua ahli persatuan kita mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan persatuan lain di UPSI ini.
            Setakat hari ini, saya masih berusaha meletakkan Persatuan Pendidikan Moral ini ditahap yang memberangsangkan. Persatuan Pendidikan Moral (PERMOR) ini dibarisi seramai 32 orang ahli Major pendidikan moral yang akan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan program yang bersesuaian dengan matlamat dan objektif persatuan PERMOR iaitu mewujudkan perhubungan yang baik serta harmoni di antara semua pelajar Program Pendidikan Moral (Major dan Minor) dengan pensyarah-pensyarah, ketua-ketua jabatan, dekan fakulti, pihak HEPA dan semua warga UPSI serta masyarakat luar.
                  Di kesempatan ini juga saya ingin memaklumkan bahawa keahlian PERMOR ini bukan sahaja dikhususkan kepada pelajar yang mengambil kursus Pendidikan Moral (AT 41) sebagai Major malah pelajar Minor Pendidikan Moral juga diwajarkan untuk bersama-sama kita mengikuti setiap program dan perkembangan PERMOR. Walaupun penglibatan anda semua dalam persatuan ini tidak dibayar dengan wang ringgit, saya percaya pengalaman yang kita perolehi lebih berharga daripada segala-galanya.
              Harapan saya, usaha penerbitan buletin seumpama ini perlu diteruskan pada masa akan datang. Hal ini demikian kerana, ianya juga merupakan salah satu alternatif media komunikasi sesama kita selain facebook, blog dan sebagainya. Saya juga mengharapkan kerjasama pensyarah-pensyarah yang mengajar jurusan Pendidikan Moral di UPSI dan ahli PERMOR yang lain untuk menghantar penulisan peribadi yang berbentuk ilmiah kepada Exco Publisiti dan Informasi, PERMOR untuk dikongsi bersama.
               Akhir kalam, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada saudara Tommy B. Mathew dan saudara Harith Wanwiklai A/L Feen selaku Exco Publisiti dan Informasi PERMOR atas usaha menghasilkan buletin ini dan tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk memikul tanggungjawab dalam PERMOR ini….Assalamualaikum.

Organisasi Persatuan Pendidikan Moral UPSI


PRESIDEN : EFFY HARIDTH B. ROZHAN

TIM. PRESIDEN : KHAIRU SAIDATUL AKMAL BT. OTHMAN

NAIB PRESIDEN : AMIRUL ASRAF B. ZULKIFLI

SETIAUSAHA : NONI HARNANI BT. DAUD

TIM. SETIAUSAHA : MOHD. IDHAR B. ISMAIL

BENDAHARI : WAN MOHAMAD SYAFIQ B. WAN GHAZALI

TIM. BENDAHARI : SYAFINAZT BT. HARUN


BARISAN EXCO PERSATUAN PENDIDIKAN MORAL

EXCO PERHUBUNGAN AWAM DAN ANTARABANGSA  :
NORHAZUWANA BT. HAMZAH
SHARIFAH NUR AFZA FAKHIRA BT. CHE KU AHMAD

EXCO SUKAN DAN REKREASI :
MOHD FITRI B. ABD WAHID
MOHAMAD SYAFIQ B. MAT ROZI

EXCO AKADEMIK DAN KERJAYA :
NOR SYAZWANA BT. TUKIMIN
MOHD. SABREE B. ABU BAKAR

EXCO LATIHAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH :
SITI NORHAYATI BT. ZAKARIA
MOHAMAD ZURAIHAN B. ABDULLAH

EXCO KEBAJIKAN MAHASISWA :
NURUL DALILAH BT. ALI
MOHD. SARMAN B. MAT YUSOF

EXCO PENERBITAN DAN INFORMASI :
TOMMY B. MATHEW
HARITH WANWIKLAI A/L FEEN

EXCO KESENIAN DAN KEBUDAYAAN :
MOHD. HANIS B. HARUN
MOREECA ANAK ANGGO

EXCO EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN :
ROSZAINI BT. HAMAT
MOHD. KHAIRUL HISYAM B. MOHD. SAAD
WAN MUHAMAD FIRDAUS B. WAN MOHD. YUSOFF

EXCO PERPADUAN DAN INTEGRASI :
MOHD. RIDZUAN B. ROMLEE 
TUAN MOHD  SHAHRIL B. TUAN MOHAMAD

WAKIL SEMESTER 6 :
BUNYAK ANAK MERANG
NOOR AZELA BT. JAMALUDIN

WAKIL SEMESTER 4 :
EDWARD BATIN ANAK WIL
NURUL HANI

WAKIL SEMESTER 2
MASLINDA BT. TUMIRAN
SHAHIDA BT. MOHD TAJUDIN
MOHD. ANWARRUDIN B. ISMAIL


Blog Persatuan Pendidikan Moral UPSI

Setelah sekian lama di rancang, akhirnya, blog bagi Persatuan Pendidikan Moral, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah berjaya diwujudkan. Saya sebagai wakil Exco PDI, Persatuan Pendidikan Moral ingin memohon seribu kemaafan kerana baru sekarang blog ini diwujudkan. Tujuan utama blog ini diwujudkan adalah untuk memberikan informasi mengenai aktiviti-aktiviti serta program-program yang akan dijalankan oleh Persatuan Pendidikan Moral. Selain itu, blog ini juga diwujudkan untuk berkongsi pendapat serta pandangan daripada semua pelajar UPSI yang mengambil jurusan Pendidikan Moral (Major dan Minor) untuk menambahbaik sebarang kelemahan yang terdapat pada persatuan ini. Di samping itu juga, blog ini diwujudkan sebagai tempat untuk semua ahli persatuan untuk bersama-sama berkongsi maklumat dan gambar-gambar setiap aktiviti yang dijalankan oleh persatuan ini. Akhir kata, semoga blog ini dapat membawa seribu satu manfaat kepada semua ahli persatuan khususnya. Sekian... -ePDI PERMOR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More