Kami telah melakukan aktiviti senamrobik dan sukaneka mengikut kumpulan yang telah dibahagikan. Setiap kumpulan terdiri daripada mahasiswa/I dan adik-adik Baitul Hasanah. Terdapat lima aktiviti sukaneka yang dijalankan di sana iaitu permaianan “Kasut Gergasi”, Tiup Tepung, lari Berpasangan, Baling Belon Berisi Air dan Bawa Bola Pingpong Menggunakan Sudu. Aktiviti ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara mahasiswa/I dengan adik-adik Rumah Jagaan Baitul Hasanah. Kepenatan tidak dirasai kerana melihat telatah adik-adik daripada Baitul Hasanah. Pada sebelah petang kami melakukan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Kami melakukan dua LDK iaitu sesi Ice Breaking dan Pakaian Beragam antara adik-adik Baitul Hasanah dengan semua mahasiswa/i. sesi LDK ini berlangsung dengan penuh keceriaan dengan telatah adik-adik Baitul Hasanah yang mencuit hati semasa melakukan pembentangan hasil aktiviti yang dilakukan. Kemuncak aktiviti ialah aktiviti penyampaian hadiah yang menyaksikan kelima-lima kumpulan adik-adik Baitul Hasanah menjadi juara dalam kategori masing-masing. Secara keseluruhannya program yang dijalankan berjalan lancar dengan berlaku sebarang kecelakaan. Walaupun program yang dilakukan dalam masa singkat namun meninggalkan kesan yang mendalam kepada kami dengan melihat kegembiraan adik-adik Baitul Hasanah hingga menyebabkan ada sebahagian daripada kami yang sayu untuk meninggalkan adik-adik Baitul Hasanah kerana teringat akan layanan yang baik daripada adik-adik di sana." oleh : Mohd Sarman B. Mat Yusof, Pengarah Program Sehari Bersama Anak Yatim dan Fakir Miskin. (Gambar-gambar aktiviti program tersebut boleh dilihat melalui facebook PERMOR. Hanya klik link ini ---> Gambar-gambar Aktiviti
4 comments:
npe x sertakan gambar aktiviti skli dkt sini....
hahahaha
gambar-gambar boleh dilihat di dalam facebook PERMOR. Link kepada album gambar-gambar tersebut ada disertakan pada setiap laporan di dalam blog ini. -ePDI PERMOR
admin. boleh sy dapatkan no contact rumah anak yatim baitul hasanah?
Post a Comment