Friday 8 April 2011

Program Berkongsi Pengalaman, Dirasai Bersama



Persatuan Pendidikan Moral (AT41) telah menganjurkan Program Berkongsi Pengalaman, Dirasai Bersama pada 03 April 2011 di Rumah Seri Kenangan Cheras, Kajang, Selangor. Secara umumnya, Program ini melibatkan Ahli persatuan Pendidikan moral khususnya Ahli Persatuan yang berada dalam semester empat. Melalui program tersebut, peserta dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri mereka di samping belajar untuk berinteraksi dengan masyarakat luar sesuai dengan kerjaya sebagai seorang pendidik kelak. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Nurhuda Binti Basiran dan disertai seramai 59 orang peserta semester empat, 13 orang semester dua dan 4 orang semester enam serta Penguasa Rh. Seri Kenangan. 
Melalui Program tersebut, beberapa aktiviti menarik telah dijalankan seperti senamrobik ringan, boling kelapa, membawa bola ping pong dengan sudu secara berpasangan dan lain-lain lagi. Walaupun terdapat segelintir orang tua yang tidak mampu mengikuti aktiviti tersebut namun peserta telah berjaya mengembirakan mereka di samping berkongsi pengalaman dan secara tidak langsung menghayati perasaan suka dan duka bersama mereka. Dengan adanya aktiviti secara serentak maka ianya serba sedikit memberi pengetahuan dan pendedahan kepada peserta dalam berkomunikasi dan mewujudkan suasana yang konduksif. Pada sebelah petang juga, suasana dimeriahkan lagi dengan sambutan hari kelahiran penghuni Rumah Seri Kenangan yang lahir pada bulan April. Di samping itu, pertandingan nyanyian lagu retro dan tarian retro telah dijalankan bagi mengembirakan penghuni Rumah Seri Kenangan.
Majlis Penutupan berlangsung kira-kira pukul 4.30 petang yang dihadiri oleh Penguasa Rumah Seri Kenangan, Staf Rumah Seri Kenangan, Pengarah Program, Para Peserta dan Penghuni Rumah Seri Kenangan. Bagi mengakhiri Program tersebut, Persatuan Pendidikan Moral telah melakukan persembahan koir bagi tatapan tetamu-tetamu jemputan dan warga rumah seri kenangan cheras. Setelah majlis Penutupan selesai dijalankan maka sesi pengambaran telah diadakan bersama penghuni Rumah Seri Kenangan yang dijalankan oleh Unit ePDI persatuan Pendidikan Moral. Sebelum keberangkatan pulang, cenderahati telah diberikan kepada penghuni Rumah Seri Kenangan di samping melawat tempat kediaman Penghuni dan bersalaman antara satu sama lain. Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih kepada peserta yang terlibat dalam menjayakan program Berkongsi Pengalaman, Dirasai Bersama. Disediakan Oleh: Edward Batin Anak Wil, Pengarah Program Berkongsi Pengalaman, Dirasai Bersama.
Gambar bagi program ini boleh dilihat melalui Pages Facebook PERMOR. Just click link berikut = Album 1Album 2

1 comments:

good!!
moga ari2 yg mdtg lbh baik dr yg sblm nya..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More