Saturday 19 March 2011

Buletin Persatuan Pendidikan Moral Edisi Februari

Program Guru Bitara Pemangkin Modal Insan Gemilang


"Program ini telah dilaksanakan di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka. Program ini merupakan program yang julung kalinya dijalankan bagi Persatuan Pendididkan Moral (PERMOR). Program Guru Bitara Pemangkin Modal Insan Gemilang ini telah disertai seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada 18 orang ahli PERMOR dan 17 orang ahli Minor Pendidikan Moral. Kami telah melakukan Latihan Dalam Kumpulan, kaji selidik dan aktiviti senamrobik mengikut kumpulan yang telah dibahagi. Pada sebelah petang kami melakukan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Kami melakukan dua LDK iaitu sesi Ice Breaking dan negara impianku antara penghuni sekolah Henry Gurney dengan semua mahasiswa/i. Sesi LDK ini berlangsung dengan penuh keceriaan dengan telatah pelajar sekolah ini yang mencuit hati semasa melakukan pembentangan hasil aktiviti yang dilakukan. Pada keesokkan harinya, aktiviti senam aerobik diteruskan, pelaksanaan aktiviti ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang sihat tubuh badan. Kemuncak aktiviti ialah aktiviti perasm ian penutupan dan penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Penasihat PERMOR sendiri iaitu Prof. Madya Dr, Ratu Mutialela Caropeboka. Secara keseluruhannya program yang dijalankan berjalan lancar dengan tiada berlaku sebarang kecelakaan. Walaupun program yang dilakukan dalam masa singkat (2 hari) namun ia mampu meninggalkan kesan yang amat mendalam keatas diri mahasiswa/i yang mengambil bahagian dalam program Guru Bitara Pemangkin Modal Insan Gemilang ini.  oleh : Mohd Sabree Bin Abu Bakar, Pengarah Program Guru Bitara Pemangkin Modal Insan Gemilang.
Gambar-gambar aktiviti program tersebut boleh dilihat melalui Pages Facebook PERMOR = http://www.facebook.com/album.php?aid=57931&id=100000546807713&fbid=202964889731736

Tuesday 15 March 2011

Logo Persatuan Pendidikan Moral, UPSI

Tuesday 8 March 2011

Program Sehari Bersama Anak Yatim dan Fakir Miskin


"Program ini telah dilangsungkan di Rumah Jagaan Baitul Hasanah yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Program ini merupakan program kemasyarakatan yang pertama bagi Persatuan Pendididkan Moral (PERMOR) pada semester ini. Program Sehari Bersama Anak Yatim dan Fakir Miskin ini telah disertai seramai 54 orang peserta iaitu 12 orang peserta daripada semester enam (6), 24 orang peserta semester empat (4) dan lapan orang peserta semester dua (2).
Kami telah melakukan aktiviti senamrobik dan sukaneka mengikut kumpulan yang telah dibahagikan. Setiap kumpulan terdiri daripada mahasiswa/I dan adik-adik Baitul Hasanah. Terdapat lima aktiviti sukaneka yang dijalankan di sana iaitu permaianan “Kasut Gergasi”, Tiup Tepung, lari Berpasangan, Baling Belon Berisi Air dan Bawa Bola Pingpong Menggunakan Sudu. Aktiviti ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara mahasiswa/I dengan adik-adik Rumah Jagaan Baitul Hasanah. Kepenatan tidak dirasai kerana melihat telatah adik-adik daripada Baitul Hasanah. Pada sebelah petang kami melakukan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Kami melakukan dua LDK iaitu sesi Ice Breaking dan Pakaian Beragam antara adik-adik Baitul Hasanah dengan semua mahasiswa/i. sesi LDK ini berlangsung dengan penuh keceriaan dengan telatah adik-adik Baitul Hasanah yang mencuit hati semasa melakukan pembentangan hasil aktiviti yang dilakukan. Kemuncak aktiviti ialah aktiviti penyampaian hadiah yang menyaksikan kelima-lima kumpulan adik-adik Baitul Hasanah menjadi juara dalam kategori masing-masing. Secara keseluruhannya program yang dijalankan berjalan lancar dengan berlaku sebarang kecelakaan. Walaupun program yang dilakukan dalam masa singkat namun meninggalkan kesan yang mendalam kepada kami dengan melihat kegembiraan adik-adik Baitul Hasanah hingga menyebabkan ada sebahagian daripada kami yang sayu untuk meninggalkan adik-adik Baitul Hasanah kerana teringat akan layanan yang baik daripada adik-adik di sana." oleh : Mohd Sarman B. Mat Yusof, Pengarah Program Sehari Bersama Anak Yatim dan Fakir Miskin. (Gambar-gambar aktiviti program tersebut boleh dilihat melalui facebook PERMOR. Hanya klik link ini ---> Gambar-gambar Aktiviti

Drama "Sampai Syurga" oleh PERMOR.

Pada 5 Mac 2011 yang lalu, Persatuan Pendidikan Moral telah menghantar satu kumpulan yang terdiri daripada 20 orang pelajar moral untuk mengikuti pertandingan teater yang telah diadakan di Panggung Budaya. Pasukan drama PERMOR tersebut telah diketuai oleh Exco Kesenian Dan Kebudayaan, iaitu saudari Moreeca Anak Anggo. Drama yang telah dipersembahkan oleh kumpulan drama PERMOR ini mendapat pujian daripada ramai pelajar termasuklah daripada pihak juri yang telah mengadili pertandingan tersebut. Hasilnya, drama yang bertajuk "Sampai Syurga: tersebut telah berjaya mendapat Anugerah Khas Juri pada Malam Penutup Festival Teater tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan aktiviti tersebut. Diharapkan pada masa akan datang, kumpulan drama PERMOR akan terus melibatkan diri dalam pertandingan-pertandingan yang seumpama ini kerana tidak dapat dinafikan lagi bahawa kumpulan drama PERMOR ini mempunyai barisan pelakon, barisan krew dan pengarah yang amat berbakat serta kreatif. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada semua.
Untuk perhatian, gambar-gambar semasa pertandingan tersebut boleh dilihat melalui Pages Persatuan Pendidikan  Moral di dalam Facebook melalui link ini ---> Drama "Sampai Syurga" - Tommy Photography. -ePDI PERMOR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More